Merubah Kebergantungan Kepada Sistem Tenaga Yang Lebih Lestari – Solar PV

Cabaran Gangguan Rantaian Global

Ketidakstabilan dalam rantaian bekalan telah menyebabkan gangguan serius terhadap ekonomi dan perdagangan global. Faktor-faktor seperti pandemik Covid-19, perubahan cuaca dan iklim, dan ketegangan dalam hubungan antarabangsa telah menyumbang kepada masalah ini.

Peningkatan Kos Penjanaan Tenaga Elektrik

Salah satu kesan yang paling ketara adalah peningkatan harga dan inflasi yang meliputi pelbagai produk dan perkhidmatan di seluruh dunia. Sebagai contoh, krisis bekalan gas di negara-negara Eropah.

Sebagai contoh, peningkatan tarif elektrik di United Kingdom (UK) telah menyebabkan peningkatan jumlah penduduk yang tergolong dalam kategori kemiskinan bahan api kerana ketidakmampuan untuk membayar tarif elektrik yang kian meningkat.

Petikan artikel akhbar Utusan Malaysia Online, baca artikel penuh di sini.

Peningkatan harga bil elektrik secara langsung, tidak dirasai oleh rakyat kebanyakan di Malaysia kerana sebagai rujukan terkini, pihak kerajaan telah memberi subsidi sebanyak RM10.76 billion untuk tempoh bermula 1 Januari hingga 30 Jun 2023, dengan objektif supaya tiada peningkatan tarif elektrik untuk pengguna domestik di negara ini.

Tarif elektrik akan disemak setiap 6 bulan melalui mekanisme Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) dengan mengambil kira kos bahan api dan kos penjanaan tenaga.

Merubah Kebergantungan Kepada Sistem Tenaga Yang Lebih Lestari

Transisi kepada tenaga boleh diperbaharui termasuk penjanaan tenaga elektrik melalui sinar matahari perlu diambil perhatian serius.

Ini kerana untuk mengurangkan kebergantungan kepada sumber bahan mentah konvensional seperti arang batu dan bahan api petroleum termasuk gas, di mana peralihan ini akan memberi kesan baik jangka panjang untuk menghadapi cabaran ekonomi global di samping mengurangkan penghasilan gas karbon untuk kelestarian alam sekitar.

Malaysia kekal komited untuk mewujudkan ekosistem yang kondusif demi pembangunan hijau negara, sumber: Berita Harian Online, baca artikel penuh di sini.

Projek Solar – Off Grid Photovoltaic (PV) Solar System with Automatic Switching Capability

Untuk segmen projek solar kali ini, kita akan membincangkan pemasangan sistem solar PV off-grid di rumah kediaman yang baru dibina di atas tanah persendirian.

Pemasangan telah dijalankan di kawasan yang tiada akses kepada grid nasional, dan sistem itu direka bentuk untuk bertukar secara automatik antara kuasa solar dan grid nasional bila mana bekalan kuasa elektrik daripada grid nasional sudah dapat dihubungkan.

Solar Panel PV:

Sistem solar PV off-grid yang dipasang dalam projek ini terdiri daripada 24 panel solar dengan jumlah kapasiti 8760Wp.

Panel solar itu terdiri daripada tiga jenis, enam unit panel solar 330Wp PV, enam unit panel solar 430Wp PV, dan dua belas unit panel solar 350Wp PV.

Battery Arrangement:

Susunan bateri bank dalam sistem ini adalah 48VDC 480Ah yang terdiri daripada 16 unit lithium iron phosphate (lifepo4) bateri 280Ah dan 16 unit bateri lifepo4 200Ah,

Bateri lifepo4 dikenali dengan jangka hayat yang panjang, keselamatan dan ketumpatan tenaga yang tinggi, yang menjadikannya pilihan terbaik untuk konfigurasi sistem solar PV off-grid seperti ini.

Inverter:

Inverter yang digunakan adalah daripada henis low frequency (LF) inverter, yang terdiri daripada dua unit 3000W LF inverter dan satu unit 6000W LF inverter.

LF inverter digunakan kerana keupayaannya untuk mengendalikan power surge yang tinggi dan harmonic distortion nya yang rendah, mampu mengurangkan risiko kerosakan perkakasan elektrik dan alatan elektronik yang terdapat di dalam rumah.

Automatic Switching:

Sistem ini direka bentuk untuk switching secara automatik antara sistem solar PV dan grid nasional apabila elektrik grid tersedia pada masa hadapan.

Ciri ini memastikansesebuah rumah itu mempunyai kuasa sepanjang masa, walaupun panel solar tidak menjana tenaga yang mencukupi untuk memenuhi penggunaan peralatan elektrik yang sedang digunakan rumah.

Proses pendawaian automatic transfer switch (ATS).

Backup Generator:

Pada waktu system ini dipasang, feature automatic switching yang telah diterangkan dalam bahagian sebelum ini, telah digunakan untuk peralihan kuasa antara system solar PV dan juga generator berkuasa diesel atau petrol.

Sumber kuasa backup ini akan berguna semasa tempoh penjanaan tenaga system solar PV yang rendah, seperti waktu musim hujan dan musim tengkujuh.

Sibm Media
Sibm Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *